Monday, 17 October 2011

Cerita Mekah Dari Mulut Seorang Lelaki


Dia berjawatan besar di sebuah organisasi di Malaysia. Namun menurutnya, Islamnya hanyalah 80%.   Kerana tugasnya, dia sering bermesyuarat di luar negara. Jeddah merupakan antara tempat bermesyuarat yang sering dikunjungi. Namun...hatinya tidak pula berkeinginan untuk ke Mekah.
Sebelum ini dia tidak percaya akan tuntutan haji. Pada pandangannya, Nabi Ibrahim bertindak zalim meninggalkan Siti Hajar dan anaknya bersendirian di padang pasir semata-mata kerana cemburunya Siti Sarah terhadap Siti Hajar, si hamba sahaya berkulit hitam. Nabi Ibrahim juga dianggap kejam kerana sanggup menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
---------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari sewaktu berada di Jeddah untuk bermesyuarat, dia hendak menunaikan solat. Puas ditinjau arah kiblat tapi tak berjumpa. Dia tekad. Dipusing-pusingkan sejadah ke atas dan dijatuhkan. dengan tekad dimana arah sejadah itu jatuh...disitulah arah kiblat. Selesai solat...dia membuka tingkap (tindakan yang tidak pernah dilakukannya selama ini).Terkejutnya dia bila melihat di antara aircondition dan tingkap...ada arah kiblat yang ditunjukkan dan TEPAT sekali dengan arah sejadahnya yang dijatuhkan tadi.
--------------------------------------------------------------------------------
Dia tersentak dan kemudiannya menelefon sahabatnya, Hj.Y yang berada di Mekah. Hj Y merupakan seorang alim yang juga pemandu  jemaah di Kota Mekah. Dinyatakan hajatnya untuk menunaikan umrah dengan meminta bantuan Hj.Y. Satu kelengkapan pun tak ada, ilmu tak ada...nak buat umrah pun tak tahu. Namun Hj Y menyatakan kesanggupannya untuk membantu. Hj Y lah yang membantunya mencari kelengkapan umrah dan akan menunjuk ajarnya menunaikan umrah
.-----------------------------------------------------------------------------
Dia kemudiannya memohon cuti seminggu dari bosnya, seorang yang berpangkat Tan Sri. Bosnya mengatakan dia gila kerana tak tahu satu apa pun.....tapi nak ke Mekah. Tapi dia berkeras meminta Tan Sri tersebut meluluskan cutinya. Akhirnya Tan Sri tersebut memberitahunya, jika dia hendak menunaikan umrah...bawalah dia (Tan Sri) bersama. Maka dia ber2 dibawa oleh Hj Y menunaikan umrah. Setelah urusan tawaf, dia solat sunat di Dataran Kaabah. Sewaktu sujud, dia memohon keampunan Allah . Lama dia bersujud ..habis basah Dataran Kaabah itu dilinangi dengan airmatanya. Dia turut berdoa agar hajatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah SWT.
--------------------------------------------------------------------------------
Dia kemudian didatangi seorang lelaki Arab berbadan besar yang bertanyakan adakah dia mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab berbadan besar itu kemudiannya menarik tangannya dan menuju ke arah Hajarul Aswad. Jemaah seolah-olah memberi laluan untuknya dan dia ternampak anggota polis yang bertugas di kawasan Hajarul Aswad memerhatikan sahaja dirinya.Akhirnya niatnya untuk mengucup Hajarul Aswad dimakbulkan Allah.Dia kembali semula ke Dataran Kaabah. Dia bertanyakan Tan Sri samada mahu atau tidak mengucup Hajarul Aswad. Bila Tan Sri kata mahu, dia memandang wajah polis yang mengawasi kawasan Hajarul Aswad dan memberi isyarat Tan Sri mahu mengucup Hajarul Aswad. Lelaki Arab besar tadi kemudiannya menarik tangan Tan Sri ke arah ke Hajarul Aswad.
---------------------------------------------------------------------------------
Sebaik selesai,dia menghampiri  Hj Y yang menunggunya di Dataran Kaabah
"Ilmu apa yang kau amalkan?"
Terkejut mendengar pertanyaan Haji Y."Aku tak amalkan apa-apa ilmu"
Hj.Y masih tak berpuas hati,"Kau mesti ada amalkan sesuatu"
"Betul..aku tak amalkan apa-apa. Aku dibawa seorang lelaki Arab berbadan besar mengucup Hajarul Aswad..laluan aku senang...itu saja"
Walaupun didesak berkali-kali oleh Hj Y, dia tetap mengatakan tiada apa-apa ilmu yang diamalkan.
Akhirnya Hj.Y memberitahu,"Aku ternampak waktu kau menuju ke Hajarul Aswad, jemaah yang berada berhampiran bertempiaran lari ketakutan hinggakan polis yang berkawal di kawasan Hajarul Aswad tu pun melompat turun"
----------------------------------------------------------------------------
Sejak itu, kehidupannya berubah 360 darjah. Dia bersara awal dari jawatannya walaupun ada ura-ura dia akan dilantik menjadi CEO ditempatnya bertugas. Kehidupan, pangkat, kemewahan dunia,harta ringgit sudah tidak memberi makna untuknya lagi. Dia menetap di kampung halamannya mengusahakan homestay, ternakan ikan talapia, dusun buah-buahan dan sebagainya. Dan bila dilihat betapa luasnya tanah yang diusahakan...terdetik dihati...."Kaya Pak Haji ni....jutawan kot" .Namun sikap humble dan kata-katanya yang menusuk kalbu..."Aku tak ada apa-apa...semua ini milik Allah. Semuanya akan aku tinggalkan. Aku cuma dapat bawa amalan, sedekah dan amal jariah saja"

No comments:

Post a Comment